Isnin, 8 April 2013

LAWATAN PENANDA ARAS KPP BTPNT DAN KHIDMAT BANTU UNIT PSP TERENGGANU (7 April 2013)


7 April 2013( Ahad ) Ketua Penolong Pengarah BTPNT , Tn Hj Alias Bin Talib bersama Ketua Unit PSP, Tn HjAkram @ Amir Bin abdul Majid dan Pegawai-pegawai UPSP serta Pegawai PKG daerah Hulu Terengganu telah berkunjung ke SKFJB bagi meninjau persiapan PSS ke peringkat kebangsaan.

Dalam kunjungan tersebut KPP telah memberi semangat dan menaruh harapan agar PSS SKFJB akan muncul sebagai juara dalam pertandingan kali ini untuk mengharumkan nama sekolah, PPD Hulu dan negeri Terengganu.

Khidmat bantu dan kerjasama daripada UPSP, PKG dan GDM bersama warga SKFJB dalam memberi idea, sumbangan, tenaga dan metarial samada secara langsung atau tidak langsung akan menjadikan PSS SKFJB yang terbaik peringkat kebangsaan. InsyaAllah.

Terima kasih diucapkan kepada KPP dan semua yang membantu dan memberi dorongan ke arah kecemerlangan PSS SKFJB sebagi wakil negeri Terengganu. Semoga berkat usaha kita akan membuahkan hasil nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan