Jumaat, 18 Oktober 2013

LAWATAN PENANDA ARAS SK MERANG, BANDAR PERMAISURI, SETIU (Februari 2014)


PSS telah dikunjungi oleh guru-guru SK Merang dalam program Lawatan Penanda Aras PSS SKFJB dan Program LADAP mereka. Terima kasih kerana sudi datang melawat sekolah kami dan mengadakan Ladap di sini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada tuan guru besar dan barisan guru penolong kanan guru-guru yang hadir dan mudah-mudahan kunjungan ini memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. 

kami bukanlah yang terbaik namun guru besar Pn Hjh Zaiton telah melontarkan beberapa tips untuk dikongsi bersama untuk menuju ke arah kecemrelangan sekolah dan para pelajar.  Semoga sedikit panduan yang diberikan oleh beliau serta disertakan pula dengan pembentangan pss cemerlang oleh Pn Siti mahayu             ( GPM ) memberi suntikan semangat kepada warga SK Merang untuk melangkah mara menuju jaya.

Kami ucapkan selamat maju jaya kepada SK Merang.


Jumaat, 4 Oktober 2013

HARI KEUSAHAWANAN BERSAMA KOMUNITI

3 OKTOBER 2013 : Program Hari Keusahawanan Bersama Komuniti telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua guru dan warga sekolah yang telah bertungkus lumus mengendalikan gerai masing-masing. 

Ramai ibu bapa dan masyarakat felda yang hadir untuk membeli belah dan  program ini diserikan lagi dengan kehadiran artis jemputan khas Ayie dari kumpulan Lantana. Persembahan diselangselikan dengan acara tiup belon kanak-kanak dan pengunjung dewasa. 

Beberapa acara lain yang memanfaatkan lagi program ini ialah acara mewarna pra, tadika, tahap1 dan 2 menampilkan lebih 80 peserta, pameran AADK tentang bahaya pengambilan dadah dan Rawatan Pemeriksaan Kesihatan Percuma oleh Pusat Kesihatan Kecil Jerangau juga mendapat sambutan yang membanggakan. Menurut pegawai kesihatan yang bertugas, lebih 70 pengunjung telah membuat pemeriksaan. Pada masa yang sama sekumpulan GPM dan BTPNT turut hadir dalam program Lawatan Penanda Aras PSS.