Selasa, 16 April 2013

LAWATAN PENANDA ARAS SK LUBUK PERIOK, AJIL, TERENGGANU (3 April 2013)

Tarikh: 3 April 2013
Hari : Rabu
Tempat: Pusat Sumber Sekolah & Makmal ICT

Seramai 6 guru dari SK Lubuk Periok telah membuat lawatan penanda aras ke SKFJB sebagai satu usaha untuk mendapatkan info serta kemahiran bagi menambahbaik PSS dan makmal ICT di sekolah mereka. Kehadiran mereka diharap dapat menyuntik semangat di kalangan warga sekolah dan seterusnya mengeratkan hubungan silaturrahim.

PROGRAM GURU PENYAYANG SKFJB 2013

 14 April 2013 (Ahad)
8.15 -  8.45 pagi
Dewan Al-Bukhari

"Guru Penyayang Murid Berkualiti"













Tahniah kepada warga sekolah kerana berjaya mengadakan Program Guru Penyayang bagi tahun 2013. Antara pengisian program ialah penyerahan mentee kepada semua guru dan sambutan hari lahir murid-murid bersama-sama guru yang tarikh kelahirannya dari bulan Januari hingga April 2013. Semoga ikatan guru dan murid menjadi bertambah erat. Murid turut diberi penanda buku sebagai tanda ingatan daripada guru-guru.

"Semoga Menjadi Insan Yang Berjaya Dunia dan Akhirat"

Isnin, 15 April 2013

KHIDMAT BANTU PSS CEMERLANG 2012

Semalam telah bermula khidmat bantu PSS Cemerlang oleh sepasukan GPM daerah hulu terengganu bersama Pegawai BTPN dan PKG Hulu Terengganu dan hari ini masuk hari kedua program ini berjalan yang mana esok adalah hari terakhir khidmat bantu akan dilakukan di sini.



Semoga dengan kerjasama semua pihak akan memberi hasil kepada setiap usaha kita untuk memartabatkan PSS SKFJB sebagai mewakili negeri terengganu ke peringkat kebangsaan. Seperti amanat yang diberikan oleh KU UPSP BTPN dalam taklimat ringkasnya bahawa kita bersama-sama membantu bukan untuk sekolah Felda Jerangau Barat malah kita membantu untuk mewakili negeri Terengganu dan seluruh warga pendidik negeri Terengganu, menaikkan dan mengharumkan nama negeri Terengganu namun secara tidak langsung nama sekolah juga turut menjadi hebat dan PPD HT juga akan turut sama terasa kehebatannya bersama-sama warga pendidik di Daerah Hulu Terengganu.

Ini lah titik mula untuk menjadikan SKFJB sekolah yang cemerlang dan berprestasi tinggi serta menaikkan lagi pencapaian akademik untuk masa-masa akan datang.

Terima kasih semua yang sudi membari khidmat bantu. Semoga usaha murni kita akan membaeri kebaikan kepada anak didik kita dan generasi akan datang. Mudah-mudahan Allah akan memberkati usaha kita ini.

Isnin, 8 April 2013

LAWATAN PENANDA ARAS KPP BTPNT DAN KHIDMAT BANTU UNIT PSP TERENGGANU (7 April 2013)


7 April 2013( Ahad ) Ketua Penolong Pengarah BTPNT , Tn Hj Alias Bin Talib bersama Ketua Unit PSP, Tn HjAkram @ Amir Bin abdul Majid dan Pegawai-pegawai UPSP serta Pegawai PKG daerah Hulu Terengganu telah berkunjung ke SKFJB bagi meninjau persiapan PSS ke peringkat kebangsaan.

Dalam kunjungan tersebut KPP telah memberi semangat dan menaruh harapan agar PSS SKFJB akan muncul sebagai juara dalam pertandingan kali ini untuk mengharumkan nama sekolah, PPD Hulu dan negeri Terengganu.

Khidmat bantu dan kerjasama daripada UPSP, PKG dan GDM bersama warga SKFJB dalam memberi idea, sumbangan, tenaga dan metarial samada secara langsung atau tidak langsung akan menjadikan PSS SKFJB yang terbaik peringkat kebangsaan. InsyaAllah.

Terima kasih diucapkan kepada KPP dan semua yang membantu dan memberi dorongan ke arah kecemerlangan PSS SKFJB sebagi wakil negeri Terengganu. Semoga berkat usaha kita akan membuahkan hasil nanti.

PSS SKFJB MELANGKAH MAJU SETAPAK LAGI

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Felda Jerangau Barat telah terpilih mewakili sekolah rendah negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan. Terima kasih di atas kepercayaan ini. Sesungguhnya ini adalah amanat dan tanggungjawab yang kami harus pikul dan menjadikan warga skfjb bekerja secara berkumpulan dan bahu membahu antara satu sama lain menuju kecemerlangan dan menaikkan nama sekolah dan ppd hulu terengganu khasnya serta negeri terengganu amnya.

Kepada Pihak BTPNT terima kasih diucapkan diatas sumbangan idea dan khidmat bantu bersama PKG Hulu Terengganu serta Guru Media sekolah Hulu Terengganu dalam memastikan persiapan dan penambahbaikan pss skfjb bejlan dengan lancar untuk melihat kejayaan pss skfjb sebagai pss terbaik peringkat kebangsaan.

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan dan warga SKFJB yang memberi sokongan dan dorongan serta kerjasama yang amat membanggakan samadala dalam bentuk tenaga, masa, malah wang ringgit untuk memastikan kita ke puncak jaya.