Isnin, 15 April 2013

KHIDMAT BANTU PSS CEMERLANG 2012

Semalam telah bermula khidmat bantu PSS Cemerlang oleh sepasukan GPM daerah hulu terengganu bersama Pegawai BTPN dan PKG Hulu Terengganu dan hari ini masuk hari kedua program ini berjalan yang mana esok adalah hari terakhir khidmat bantu akan dilakukan di sini.



Semoga dengan kerjasama semua pihak akan memberi hasil kepada setiap usaha kita untuk memartabatkan PSS SKFJB sebagai mewakili negeri terengganu ke peringkat kebangsaan. Seperti amanat yang diberikan oleh KU UPSP BTPN dalam taklimat ringkasnya bahawa kita bersama-sama membantu bukan untuk sekolah Felda Jerangau Barat malah kita membantu untuk mewakili negeri Terengganu dan seluruh warga pendidik negeri Terengganu, menaikkan dan mengharumkan nama negeri Terengganu namun secara tidak langsung nama sekolah juga turut menjadi hebat dan PPD HT juga akan turut sama terasa kehebatannya bersama-sama warga pendidik di Daerah Hulu Terengganu.

Ini lah titik mula untuk menjadikan SKFJB sekolah yang cemerlang dan berprestasi tinggi serta menaikkan lagi pencapaian akademik untuk masa-masa akan datang.

Terima kasih semua yang sudi membari khidmat bantu. Semoga usaha murni kita akan membaeri kebaikan kepada anak didik kita dan generasi akan datang. Mudah-mudahan Allah akan memberkati usaha kita ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan