Jumaat, 30 Mei 2014

PSS BEROPERASI PADA MUSIM CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum
Makluman kepada semua warga sekolah bahawa Pusat Sumber Al Ghazali akan beroperasi pada musim cuti sekolah yang bermula pada 27 - 29 Mei 2014 ( minggu pertama cuti ) dan 1 - 5 Jun 2014 ( minggu kedua cuti ).

Murid-murid digalakkan datang ke pusat sumber sekolah untuk mengulangkaji dan membaca buku. Guru-guru juga boleh menggunakan pusat sumber untuk sesi kelas tambahan murid-murid tahun 6.

Pusat sumber akan beroperasi mulai jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari pada tarikh-tarikh yang ditetapkan di atas. Semoga anda semua bergembiran di musim cuti kali ini dan memenuhinya dengan perkara yang memberi manfaat. Elakkan terlibat dengan perkara yang boleh menyebabkab kemalangan dan kecederaan.

Sekolah Cuti Buku Tidak Cuti
Terima Kasih. 

PSS DUNIA ILMUKU

Sabtu, 24 Mei 2014

SAMBUTAN HARI PSS



15 MEI 2014 ( KHAMIS ) Pusat Sumber Al Ghazali dengan kerjasama Unit 3K telah mengadakan sambutan Hari Pusat Sumber Sekolah dan Alam Sekitar dengan menyajikan pelbagai aktiviti untuk menarik minat murid dalam pelbagai pengetahuan terutama dalam mendapat ilmu mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan sentiasa memelihara dan memuliharanya supaya kehidupan di alam ini berada dalam keadaan sihat dan seelamat.

Turut serta menjayakan program ini ialah perbadanan Perpustakaan Awam hulu Terengganu dengan menyediakan pelbagai informasi dan aktiviti menjurus ke arah minat murid mendekati perpustakaan dengan menyediakan pelbagai hadiah kepada peserta yang berjaya dalam setiap aktivitu yg dijalankan.

PSS juga telah mengadakan jualan cenderahati hari guru, makanan dan minuman serta jeruk hasil kerja murid-murid tahun enam yang dijalankan dalam subjek Sains.

Sambutan begitu menggalakkan dan ibu bapa juga berpeluang melihat sendiri dengan lebih dekat PSS Al Ghazali yang menjadi taruhan ke peringkat kebangsaan pada tahun ini. Semoga kejayaan menjadi milik SKFJb pada tahun ini.

Jumaat, 9 Mei 2014

HARI TERBUKA PSS AL GHAZALI

Jawatankuasa PSS telah bercadang akan mengadakan Hari Terbuka PSS Al Ghazali seperti berikut

Tarikh : 15 Mei 2014 ( Khamis )
Masa : Mulai 8.00 pagi

Aktiviti
1. Ceramah dan Penyerahan Buku Sarana Ibu Bapa
2. Ceramah Kempen Penjagaan Alam Sekitar
3. Pengujian Asap Kenderaan
4. Demonstrasi Enzim
5. Mewarna dan Melukis Poster
6. Merekacipta / Kitar Semula
7. Jualan Cenderahati Sempena Hari Guru
8. Jualan Makanan dan Minuman

Semua Dijemput Hadir

Terima Kasih

Khamis, 8 Mei 2014

PROGRAM BICARA ANTARA BENUA BERSAMA UNISZA (7 Mei 2014)


Peristiwa: Program Bicara Antara Benua Bersama UNISZA
Tarikh: 7 Mei 2014
Hari: Rabu
Lokasi: Atrium, Perpustakaan UniSZA Kampus Gong Badak

 Lihat koleksi foto/info DI SINI dan DI SINI.