Isnin, 8 April 2013

PSS SKFJB MELANGKAH MAJU SETAPAK LAGI

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Felda Jerangau Barat telah terpilih mewakili sekolah rendah negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan. Terima kasih di atas kepercayaan ini. Sesungguhnya ini adalah amanat dan tanggungjawab yang kami harus pikul dan menjadikan warga skfjb bekerja secara berkumpulan dan bahu membahu antara satu sama lain menuju kecemerlangan dan menaikkan nama sekolah dan ppd hulu terengganu khasnya serta negeri terengganu amnya.

Kepada Pihak BTPNT terima kasih diucapkan diatas sumbangan idea dan khidmat bantu bersama PKG Hulu Terengganu serta Guru Media sekolah Hulu Terengganu dalam memastikan persiapan dan penambahbaikan pss skfjb bejlan dengan lancar untuk melihat kejayaan pss skfjb sebagai pss terbaik peringkat kebangsaan.

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan dan warga SKFJB yang memberi sokongan dan dorongan serta kerjasama yang amat membanggakan samadala dalam bentuk tenaga, masa, malah wang ringgit untuk memastikan kita ke puncak jaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan