Sabtu, 24 Mei 2014

SAMBUTAN HARI PSS



15 MEI 2014 ( KHAMIS ) Pusat Sumber Al Ghazali dengan kerjasama Unit 3K telah mengadakan sambutan Hari Pusat Sumber Sekolah dan Alam Sekitar dengan menyajikan pelbagai aktiviti untuk menarik minat murid dalam pelbagai pengetahuan terutama dalam mendapat ilmu mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan sentiasa memelihara dan memuliharanya supaya kehidupan di alam ini berada dalam keadaan sihat dan seelamat.

Turut serta menjayakan program ini ialah perbadanan Perpustakaan Awam hulu Terengganu dengan menyediakan pelbagai informasi dan aktiviti menjurus ke arah minat murid mendekati perpustakaan dengan menyediakan pelbagai hadiah kepada peserta yang berjaya dalam setiap aktivitu yg dijalankan.

PSS juga telah mengadakan jualan cenderahati hari guru, makanan dan minuman serta jeruk hasil kerja murid-murid tahun enam yang dijalankan dalam subjek Sains.

Sambutan begitu menggalakkan dan ibu bapa juga berpeluang melihat sendiri dengan lebih dekat PSS Al Ghazali yang menjadi taruhan ke peringkat kebangsaan pada tahun ini. Semoga kejayaan menjadi milik SKFJb pada tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan