Jumaat, 30 Mei 2014

PSS BEROPERASI PADA MUSIM CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum
Makluman kepada semua warga sekolah bahawa Pusat Sumber Al Ghazali akan beroperasi pada musim cuti sekolah yang bermula pada 27 - 29 Mei 2014 ( minggu pertama cuti ) dan 1 - 5 Jun 2014 ( minggu kedua cuti ).

Murid-murid digalakkan datang ke pusat sumber sekolah untuk mengulangkaji dan membaca buku. Guru-guru juga boleh menggunakan pusat sumber untuk sesi kelas tambahan murid-murid tahun 6.

Pusat sumber akan beroperasi mulai jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari pada tarikh-tarikh yang ditetapkan di atas. Semoga anda semua bergembiran di musim cuti kali ini dan memenuhinya dengan perkara yang memberi manfaat. Elakkan terlibat dengan perkara yang boleh menyebabkab kemalangan dan kecederaan.

Sekolah Cuti Buku Tidak Cuti
Terima Kasih. 

PSS DUNIA ILMUKU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan