Rabu, 24 September 2014

ANUGERAH PSS KEBANGSAAN 2014

PSS Al-Ghazali Muncul Juara!


23 September 2014 - Port Dickson, Anugerah Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan 2014 telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan (KPM). Majlis diadakan di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

SKFJB muncul sebagai Johan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan 2014 bagi kategori sekolah rendah, diikuti oleh naib johan SK Matang jaya, Padawan, Sarawak, manakala tempat ketiga oleh SK Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM4000, RM2500 dan RM1000 serta trofi, sijil dan buku.

Sementara itu bagi kategori sekolah menengah, Terengganu hanya mendapat tempat ketiga iaitu diwakili oleh SMA Mahmudiah, Kuala Berang, Hulu Terengganu, namun ianya amat membanggakan kerana ini adalah percubaan pertama sekolah tersebut untuk berada di persada kebangsaan. Tempat yang kedua dimenangi oleh SM La Salle, Kota Kinabalu, Sabah, manakala johan pula diungguli oleh SMK Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan. Masing-masing membawa pulang RM5000, RM3500, RM2500, trofil, sijil serta buku.

Kami semua warga SK Felda Jerangau Barat ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu PSS Al-Ghazali sehingga mendapat kejayaan yang tertinggi ini terutamanya kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (Unit Pusat Sumber di bawah pimpinan Tuan Hj. Amir Akram dan AJK), JPNT, PPD Hulu Terengganu, PKG Peroh dan PKG Kuala Berang, GPM Zon 3 khususnya dan GPM Daerah Hulu Terengganu amnya, PIBG, Felda Jerangau Barat, komuniti setempat, para guru, kakitangan sekolah serta murid-murid SKFJB dan semua yang mendorong ke arah kecemerlangan PSS Al-Ghazali 2014.

PSS DUNIA ILMUKU

fbm..14

Video pengumuman pemenang Anugerah PSS Peringkat Kebangsaan 2014:


Lihat juga koleksi foto lain DI SINI.

1 ulasan: