Rabu, 19 Jun 2013

SEKITAR PENILAIAN PSS KEBANGSAAN 2012 HINGGA MEI 2013

Alhamdulilah, semua hakim telah membuat penilaian terhadap PSS SKFJB peringkat kebangsaan. Semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan olehNya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada dua panel hakim En Zakaria bin Hassan ( Pen Pengarah BTPN Kelantan ) dan Tn Hj Hasrimi B Mohamad ( Peg Perpustakaan IPG KKB ) di atas penilaian yang dibuat dengan penuh komitmen dan benar-benar ikhlas dalam menilai dan memberi kata nasihat serta secara tidak langsung mengajar banyak perkara khususnya berkaitan menjadikan PSS sebagai yang terbaik.

Semua pihak memberi kerjasama yang jitu sepanjang penghakiman berjalan samada di pihak panel dan juga guru, pekerja serta murid-murid skfjb. Semuanya memberi sumbangan yang amat bermakna dan membantu dalam memastikan PSS muncul sebagai juara bak kata Tuan Guru Besar " Kita berhasrat dan mempunyai impian yang tinggi untuk membawa balik gelaran JUARA PSS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN INI DI BUMI FELDA JERANGAU BARAT ".InsyaAllah ia akan menjadi kenyataan.

Usaha telah dibuat dengan penuh semangat dan kesungguhan telah dijelmakan oleh semua pihak termasuk JPN, BTPN, PPD, PKG, GPM, PIBG, NGO,  Warga Masyarakat, Guru-guru, Pekerja, dan tidak ketinggalan murid-murid yang tidak kurang sumbangannya dalam memikat hati para hakim.

Sememangnya para hakim memuji dan mengucapkan syabas kepada pihak pengurusan dan GPM khususnya kerana berjaya menghasilkan PSS yang berjaya dan berkualiti. Segala aspek penilaian yang dikehendaki dapat dibuktikan hampir 100%. Mereka akui sukar mencari kelemahan dan hampir semua mendapat markah penuh dalam aspek-aspek yang di nilai.

Selain dari itu kekuatan yang kita ada adalah konsep warna warni yang ditonjolkan memukau dan memberi aura yang tersendiri kepada panel hakim dengan menyatakan pertama kali masuk ke pintu pagar sekolah aura itu telah dirasai dan apabila menuju jauh kedalam kawasan sekolah aura itu semakin menebal dan telah seolah-olah memahat kuatdiri  mereka sehinggakan terasa amat sukar untuk meninggalkan sekolah ini.

Tahniah, dan terima kasih sekali lagi. Kita tunggu keputusan dengan penuh harapan dan segala keputusan yang bakal diumumkan kita terima dengan redha dan berserah kepadaNya.

Antara Program yang menarik perhatian hakim - Radio Sekolah dikendalikan oleh pelajar sekolah
Lawatan Ke Makmal ICT - Juara Negeri 2011,2012,2013
Kelas Pemulihan yang sungguh kondusif.....Lihat atas siling pun ada info...

Kelas Pra Sekolah
Rumusan Hakim
Tanda Kenangan utk En Zakaria
Tanda Kenangan Untuk Tn Hj Hasrimi

2 ulasan:

  1. tahniah...semangat berpasukan yang jitu...ditambah kecaknaan dari pihak pengurusan adalah intipati ke arah kejayaan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf kerana lambat. Terima kasih dengan sokongan anda. Kami akan teruskan berusaha untuk membawa PSS ini ke persada kebangsaan.

      Padam