Rabu, 19 Jun 2013

SEKITAR PENILAIAN PSS KEBANGSAAN 2012 HINGGA MEI 2013

Alhamdulilah, semua hakim telah membuat penilaian terhadap PSS SKFJB peringkat kebangsaan. Semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan olehNya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada dua panel hakim En Zakaria bin Hassan ( Pen Pengarah BTPN Kelantan ) dan Tn Hj Hasrimi B Mohamad ( Peg Perpustakaan IPG KKB ) di atas penilaian yang dibuat dengan penuh komitmen dan benar-benar ikhlas dalam menilai dan memberi kata nasihat serta secara tidak langsung mengajar banyak perkara khususnya berkaitan menjadikan PSS sebagai yang terbaik.

Semua pihak memberi kerjasama yang jitu sepanjang penghakiman berjalan samada di pihak panel dan juga guru, pekerja serta murid-murid skfjb. Semuanya memberi sumbangan yang amat bermakna dan membantu dalam memastikan PSS muncul sebagai juara bak kata Tuan Guru Besar " Kita berhasrat dan mempunyai impian yang tinggi untuk membawa balik gelaran JUARA PSS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN INI DI BUMI FELDA JERANGAU BARAT ".InsyaAllah ia akan menjadi kenyataan.

Usaha telah dibuat dengan penuh semangat dan kesungguhan telah dijelmakan oleh semua pihak termasuk JPN, BTPN, PPD, PKG, GPM, PIBG, NGO,  Warga Masyarakat, Guru-guru, Pekerja, dan tidak ketinggalan murid-murid yang tidak kurang sumbangannya dalam memikat hati para hakim.

Sememangnya para hakim memuji dan mengucapkan syabas kepada pihak pengurusan dan GPM khususnya kerana berjaya menghasilkan PSS yang berjaya dan berkualiti. Segala aspek penilaian yang dikehendaki dapat dibuktikan hampir 100%. Mereka akui sukar mencari kelemahan dan hampir semua mendapat markah penuh dalam aspek-aspek yang di nilai.

Selain dari itu kekuatan yang kita ada adalah konsep warna warni yang ditonjolkan memukau dan memberi aura yang tersendiri kepada panel hakim dengan menyatakan pertama kali masuk ke pintu pagar sekolah aura itu telah dirasai dan apabila menuju jauh kedalam kawasan sekolah aura itu semakin menebal dan telah seolah-olah memahat kuatdiri  mereka sehinggakan terasa amat sukar untuk meninggalkan sekolah ini.

Tahniah, dan terima kasih sekali lagi. Kita tunggu keputusan dengan penuh harapan dan segala keputusan yang bakal diumumkan kita terima dengan redha dan berserah kepadaNya.

Antara Program yang menarik perhatian hakim - Radio Sekolah dikendalikan oleh pelajar sekolah
Lawatan Ke Makmal ICT - Juara Negeri 2011,2012,2013
Kelas Pemulihan yang sungguh kondusif.....Lihat atas siling pun ada info...

Kelas Pra Sekolah
Rumusan Hakim
Tanda Kenangan utk En Zakaria
Tanda Kenangan Untuk Tn Hj Hasrimi

Selasa, 18 Jun 2013

PENILAIAN PSS PERINGKAT KEBANGSAAN

Hari ini 19 Jun 2013 Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba...Hari Penilaian PSS Peringkat Kebangsaan akan di nilai oleh 2 orang Hakim yang begitu berpengalaman dan berwibawa  iaitu En Zakaria Hassan ( Pen Pengarah BTPN Kelantan ) dan Tn Hj Hasrimi b Mohamad ( Peg Perpustakan IPG Kampus Kota Bharu )

Kita Yakin dengan kesungguhan semua warga SKFJB hari ini sudah pasti dapat memukau panel hakim untuk memberikan rumusan yang terbaik untuk PSS SKFJB menjulang kejuaraan. InsyaAllah.

Kepada Semua yang terlibat dalam mendorong kejayaan ini daripada JPNT. BTPNT, PPD, PKG Hulu, GPM Daerah Hulu, Pengurus Felda. Pengurus Kilang, PIBG, Masyarakat Setempat, Guru-guru dan semua warga SKFJB  kami mengucapkan jutaan terima kasih atas dorongan anda semua.


Ahad, 16 Jun 2013

SUMBANGAN BUKU DARI CIKGU MUKHTAR (DUSUN BUKU)

Pihak PSS telah menerima sumbangan buku dari Cg Mukhtar ( Dusun Buku ) petang tadi. Terima kasih kepada Cg Mukhtar dan Tuan PPD yang mencetus idea supaya memohon sumbangan ini. Sesungguhnya sumbangan ini membantu PSS dalam mengumpul koleksi buku-buku untuk kegunaan murid-murid SKFJB.


Rabu, 12 Jun 2013

PERANAN DAN KEPENTINGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah ialah tempat berlakunya segala kegiatan memperoleh sesuatu maklumat atau pengetahuan yang bertujuan untuk mempertingkat taraf profesionalisme keguruan. Sehubungan itu, ia merupakan suatu unit bersepadu yang bertugas untuk mengumpul, memilih, menyusun dan menyebarkan alat atau bahan pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak dengan aktif dan bermakna bagi memenuhi kehendak kedua-dua pihak, iaitu guru dan murid.

Di pihak sekolah, pusat sumber memainkan peranan penting bagi mempertingkat taraf pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik. Pusat Sumber Sekolah hendaklah berkhidmat sebagai tempat untuk memperoleh, menghasilkan, mengorganisasi dan mengedarkan bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh guru dan murid-murid.

Selain itu, Pusat Sumber Sekolah berkhidmat sebagai pusat penempatan bahan-bahan sumber dan dapat pula digunakan secara individu atau berkumpulan. Ini bermaksud bahan-bahan itu boleh dicari dan digunakan dengan mencukupi dan mudah. Para guru dan murid-murid boleh mendapatkan sumber-sumber yang dimiliki oleh sekolah dan yang ada kena-mengena dengan pelajaran. Bahan-bahan rujukan seperti buku, pelbagai alat bantu mengajar seperti radio, televisyen dan pelbagai bahan rekreasi sekolah seperti buku cerita, majalah, surat khabar dan sebagainya ada di sini.

Pusat Sumber Sekolah dapat bertindak sebagai bank atau gedung ilmu penngetahuan, iaitu bahan pelajaran dapat dipilih untuk penggunaan di dalam kelas atau di rumah. Selain itu, pusat sumber ini juga memberi panduan kepada guru dan murid-murid untuk mencari, memiliki, menghasilkan dan menggunakan bahan selaras dengan keperluan dan tujuan masing-masing. Contohnya, seorang guru yang inginkan bahan dari pusat sumber untuk mengajar sesuatu kemahiran atau mata pelajaran tertentu akan mencari bahan-bahan atau alat-alat bantu mengajar yang tepat dan sesuai dengan mata pelajaran itu di sini.

Dengan adanya Pusat Sumber Sekolah, proses pengajaran dan pembelajaran akan. berjalan dengan lebih sistematik dan berkesan. Penggunaan alatan dan bahan di pusat sumber dapat membantu seseorang guru menerangkan sesuatu hukum, konsep dan hujah dengan lebih berkesan. Ini dapat memperkaya pengalaman murid-murid dan juga guru. Memandangkan murid-murid di negara ini tidak pernah melihat salji, sebuah filem yang menunjukkan tentang salji dan persekitarannya akan menambahkan pengalaman murid-murid tersebut. Hal ini menggambarkan murid-murid itu sendiri yang mengalami persekitaran itu setelah mendapat gambaran yang jelas, penerangan yang baik dan spontan yang dapat dilihat oleh murid-murid.

Dengan menggunakan sumber, pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan menjadi lebih dekat, lebih `detail dan spesialis’ (detail and specialise) serta menjjadi lebih menarik dan bermakna. Sesuatu perkara yang berlaku atau terdapat di luar bilik darjah dapat disampaikan dengan menggunakan sumber yang ada. Hal ini menjadikan perkara di luar bilik darjah lebih hampir kepada murid-murid kerana perkara tersebut boleh dipindahkan ke dalam bentuk media dan dibawa masuk ke dalam bilik darjah. Contohnya, jika kita ingin memberitahu tentang kenderaan kepada murid-murid yang belum pernah melihat kenderaan tersebut, terutamanya murid-murid di kawasan pedalaman, penggunaan sumber dapat membantu guru. Ini akan menggalakkan perubahan tingkah laku yang diingini. Pembelajaran yang berdasarkan penggunaan sumber ini sebenarnya boleh menyeronokkan murid-murid kerana persekitaran di dalam bilik darjah adalah stabil dan selesa, di samping adanya pelbagai media perangsang.

Keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa Pusat Sumber Sekolah, pengajaran mungkin tidak mencapai matlamatnya dengan menyeluruh.